Ya Mahdi Adrikni....

Ya Mahdi Adrikni....

Saturday, April 17, 2010

JIKA MEREKA AHLUL SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W, !!!!


Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

BAHAGIAN PERTAMA

JIKA KHALIFAH ABU BAKR DAN PENGIKUTNYA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W

Khalifah Abu Bakr dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah Nabi (Sa.w), tetapi para ulama Ahlus Sunnah wal–Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka.

Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang berdosa, tidak boleh dipercayai lagi dan bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w). yang bertentangan dengan sunnah Abu Bakr? Justeru itu, adakah Abu Bakr dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut dikemukakan sebahagian daripada sunnah khalifah Abu Bakr yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera :

1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menentang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi (S.a.w) (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3]. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s- Sunnah ciptaan mereka sendiri.

2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat bahawa Sunnah Nabi (S.a.w) akan membawa perpecahan kepada umat, tetapi khalifah Abu Bakr berpendapat Sunnah Nabi (S.a.w) akan membawa perselisihan dan perpecahan kepada umat. Dia berkata: Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah (S.a.w) hadis-hadis di mana kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih teruk lagi” [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi( (S.a.w), nescaya mereka meriwayat dan menyibarkan Sunnah Nabi (S.a.w) di kalangan orang ramai, tetapi khalifah Abu Bakr melarang orang ramai dari meriwayatkannya. Dia berkata: Janganlah kalian meriwayat sesuatupun (syaian) daripada Rasulullah (S.a.w) . "[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak akan mengatakan bahawa Kitab Allah adalah cukup untuk menyelesaikan segala masalah tanpa Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi khalifah Abu Bakr berkata: Kitab Allah boleh menyelesaikan segala masalah tanpa memerlukan kepada Sunnah Nabi (S.a.w) Dia berkata: Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa baina-kum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya" [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia berkata:" Rasulullah (S.a.w) sedang meracau dan cukuplah bagi kita Kitab Allah (Hasbuna Kitabullah)." Lantaran itu, sunnah Abu Bakr tadi adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahlu s- Sunnah: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya ; Kitab Allah dan Sunnahku) Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membakar Sunnah Nabi (S.a.w), tetapi Khalifah Abu Bakr telah membakarnya. Oleh itu tidak hairanlah jika Khalifah Abu Bakar tidak

pernah senang hati semenjak dia mengumpulkan lima ratus hadis Nabi (S.a.w) semasa pemerintahannya. Kemudian dia membakarnya pula. [al- Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,V,hlm. 237] Dengan ini dia telah menghilangkan Sunnah Rasulullah (S.a.w). Oleh itu kata-kata Abu Bakar: "Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun daripada Rasulullah (S.a.w)" menunjukkan larangan umum terhadap periwayatan dan penulisan hadis Rasulullah (S.a.w). Ianya tidak boleh ditakwilkan

sebagai berhati-hati atau mengambil berat atau sebagainya.

6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya merekamenyebarkan Sunnah Nabi (S.a.w), dan menjaganya, tetapi khalifah Abu Bakr, melarangnya dan memusnahkannya (l-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 237] Lantaran itu, sunnah khalifah Abu Bakar adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w): "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku dan menjaganya, dan

menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanyakepada orang yang lebih alim daripanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang alim. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I, hlm.437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78] Dan sabdanya "Siapa yang ditanya tentang ilmu maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka." [Ahmad bin Hanbal, al- Musnad, III, hlm. 263] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka berkata:Kami perlu kepada sunnah Nabi (S.a.w) setiap masa, tetapi khalifah Abu Bakr dan kumpulannya berkata: Kami tidak perlu kepada sunnah Nabi, kerana kitab Allah sudah cukup bagi kita. Dia berkata: Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka percaya bahawa taat kepada Nabi (S.a.w) adalah taat kepada Allah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisa’ (4):80 “ Siapa yang mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah” Ini bererti siapa yang menderhakai Rasul, maka dia menderhakai Allah, tetapi khalifah Abu Bakr dankumpulannya percaya sebaliknya ketika dia berkata: : Sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah: Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut halal dan haramnya. "[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3, al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) Baginya menderhakai Nabi

(S.a.w) bukan bererti menderhakai Allah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri

9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengkasari Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), malah mereka harus mempunyai sifat kasih sayang kepada mereka khususnys kepada Fatimah (a.s), tetapi khalifah Abu Bakr tidak mempunyai sifat sedemikian. Kerana orang yang menilai Nabi (S.a.w) dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di mana lidah menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlu l- Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Nabi (S.a.w)

dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Sunnah-sunnah telah menetapkan bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlu l-Bait kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:" Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam taman-taman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." [Surah al-Syu'ara 26:22] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlus-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) , nescaya mereka tidak bermusuhan dengan Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w), apatah lagi mengepung dan cuba membakar rumah anak perempuannya; Fatimah (a.s), tetapi mereka telah mengepung dan cuba membakarnya dengan menyalakan api di pintu rumahnya. Khalifah Abu Bakar dan kumpulannya telah mengepung dan cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan Husain (a.s) berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan bai'ah kepadanya. Khalifah Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah (a.s). Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, IV, hlm.196 meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Fatimah as tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia. Beliau hidup selepas Nabi (S.a.w) wafat selama 6 bulan. [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membawa Ali (a.s) di dalam keadaan lehernya terikat, tetapi khalifah Abu Bakr dan kumpulannya telah memaksa Ali a.s memberi baiah kepadanya di dalam keadaan lehernya terikat (Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al- Siyasah, I, hlm.18-20, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.139; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al- Tabari, Tarikh, III, hlm.159]. Perlakuan sedemikian adalah menyalahi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bersifat lembut terhadap Ali (a.s) dan melantiknya sebagai khalifah selepasnya: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya” dan ia adalah sejajar dengan tuntutan Ali a.s terhadap jawatan khalifah. (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.144, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 2180) Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlus- Sunnah Abu Bakr atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.




rujukan : Buku Jika Mereka Ahlus Sunnah Nabi s.a.w

bersambung... (bahagian1 siri ke-2 akn menyusul)


No comments:

Post a Comment