Dalam hadis Mi'raj di ceritakan bahawa di hadapan Malikat Izrail di letakkan sebilah papan yang di atasnya tertulis nama-nama seluruh makhluk. Apabila Allah menghendaki kematian makhluknya maka nama makhluk yang akan mati itu akan hilang dari papan tersebut, dan Malaikat Izrail akan melakukan tugasnya. Adalah tidak mustahil bahawa dalam satu waktu boleh di takdirkankematian yang lebih dari satu makhluk. Sebagaimana lilin dalam jumlah yang banyak dapat dipadamkan dengan sekali hembusan sahaja, maka roh dalam jumlah yang banyak pun dapat di cabut sekaligus dalam satu masa yang sama. Tentu saja Allah yang menyebabkan kematian itu berlaku sebagaimana firman-Nya dalam Al-Quran :
"Katakanlah (wahai Nabi) Malaikat Maut yang di serahi tugas mengurus kamu akan menyebabkan kamu mati " (surah as-Sajdah : 11)
Saturday, February 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment